TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 7 MEI 2017

TAMU LENSA APRIL 2017
SHAMSUL HIDAYAT OMAR
Jurufoto Bahagian Canseleri Dan Komunikasi Korporat, UiTM Shah Alam
TEKNIK RAKAMAN CAHAYA HALILINTAR
1. Apakah yang di definisikan dengan rakaman cahaya kilat?
Rakaman cahaya kilat adalah merakam corak cahaya yang terhasil dari kilat yang hanya dapat dilihat sekelip mata memandang.
2. Bagaimana ia dilakukan?
Rakaman cahaya kilat memerlukan kamera yang mampu merakam ‘long exposure’ dgn sokongan tripod dan aksesori tambahan seperti remote shutter atau lightning trigger. Kamera setting kpd 30 saat, iso rendah 100 @ 200, aperture ditentukan mengikut cahaya setempat (perlu eksperimentasi utk dedahan pertama, kemudian diturunkan 1 stop). Kalau untuk  hari siang (daylight lightning photography), perlu guna lightning trigger dan aturannya berbeza dengan rakaman di waktu malam.
3. Dari sudut lokasi di mana ia ditentukan?
Jurugambar perlu memerhati dahulu di mana cahaya kilat memancar. Kemudian cari lokasi yang sesuai dan subjek yang dapat menyokong gambar seperti bangunan, pencakar langit, kawasan perairan terbuka untuk mendapatkan syot lebih baik.
4. Apakah yang mendorong saudara melakukan aktiviti sedemikian? Seni atau hobi?
Kedua-dua sekali. Memandangkan rakaman cahaya kilat ini bergantung pada cuaca itu sendiri, menjadikan ia jarang dirakam. Corak cahaya kilat itu sendiri menjadi tarikan kerana tiada corak yang sama setiap kali kilat itu memancar kerana jika dua jurugambar berada di lokasi berbeza merakam cahaya kilat yang sama, imej cahaya kilat tidak akan sama coraknya. Saya juga suka melihat cahaya kilat yang unik dan orang yg suka pada kilat dan guruh dipanggil ‘Ceraunophile’.
5. Tips dan kaedah perlaksanaan.
Sebaiknya rakaman perlu dalam kawasan berbumbung untuk keselamatan, jika di kawasan lapang, rakaman boleh dijalankan dari dalam kereta. Rakaman menggunakan fail RAW bagi memudahkan  proses suntingan akhir.

LAPISAN langit bewarna ungu hasil dedahan lama yang digunakan dan pancaran cahaya kilat yanng terbit.

RAKAMAN di sebalik bangunan kediaman

LANDSKAP bangunan antara imej sokongan dalam merakam cahaya kilat

RAKAMAN corak cahaya kilat yang berbeza

Cahaya kilat dirakam dengan arah tuju yang selari.

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *