” kekuatan rakaman mencerminkan kehidupan sebenar etnik ini”

Mohd Najib Mohd Nor – Jurufoto Utusan Melayu (M) Berhad.

TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 18 DISEMBER 2016

TABIR LENSA- MISI KEMANUSIAAN ROHINGYA
oleh: MOHD NAJIB MOHD NOR
Berkunjung ke dua buah perkampungan dan lapan buah kem pelarian memberikan pengalaman berharga dalam misi menjalankan tugas di daerah Rakhine, Myanmar pada tahun 2012 lalu.
Saya bersama Kelab Putera 1Malaysia menjalankan misi menghantar bantuan kemanusiaan selain mendekatkan diri dengan golongan etnik Rohingya tersebut. Ucapan “assalamualaikum” tidak lekang di bibir mereka ketika kami berjalan kaki meniti ke kawasan perkampungan mereka bagi menunaikan misi bantuan kemanusiaan
  Rakaman riak wajah emosi terutamanya kaum wanita yang terlalu gembira semasa menerima bantuan. Tidak kurang juga yang mengalirkan air mata mengenangkan penderitaan yang mereka alami.
Saya meneruskan perjalanan dengan memasuki Kem Thekebyin dan Kem Baw Dhu Pa .Keadaan di kem ini lebih teruk berbanding Kampung Baw Dhu Pha di mana beratus-ratus pelarian etnik Rohingya dikumpulkan dengan  keadaan yang tidak terurus. Mereka hanya bergantung pada satu pam air telaga untuk sumber air.
Kawasannya berlumpur serta berbau sememangnya menguji ketahan mental saya dan beberapa jurugambar media yang lain untuk merakam gambar kehidupan persekitaran mereka di kem tersebut.
 Kelihatan juga sebahagian daripada mereka menghabiskan aktiviti dengan bermain di sekitar kem yang hanya dikelilingi kawasan tanaman padi.Mereka menangkap ikan dan menggembala kerbau sebagai aktiviti harian. Bayi pula kelihatan tidak cukup zat makanan untuk membesar secukupnya.
 Setelah Misi Bantuan Kemanusiaan berjaya dilaksanakan rombongan kami berkesempatan mengunjungi sebuah sekolah bagi mendekati murid-murid di sana. Meskipun dengan keadaan sekolah yang daif, kanak-kanak di sana kelihatan ceria mengikuti suasana pembelajaran.

Seorang wanita mengalirkan air mata ketika kehadiran rombongan bantuan di sebuah perkampungan etnik Rohingya di daerah Sittwe Rakhine, Myanmar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

PEMANDANGAN kawasan bendang berhampiran kem penempatan sementara etnik Rohingya. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

WAJAH-wajah perempuan etnik Rohingya yang dibelenggu ketakutan. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Sekumpulan kanak-kanak berwajah ceria ketika sesi persekolahan bermula. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang remaja mengepam air telaga bagi mendapatkan sumber air di kem sementara etnik Rohingya. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang guru termenung di tingkap sekolah di sebuah perkampungan di daerah Sittwe Rakhine,Myanmar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Sekumpulan pelajar myanmar melambai tangan ke arah rombongan di sebuah perkampungan etnik Rohingya di daerah Sittwe Rakhine,Myanmar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

PENULIS bergambar dengan sekumpulan penduduk semasa melakukan tugasan. SUFIAN ABU BAKAR / UTUSAN MALAYSIA

PENDUDUK dikawal tentera bersenjata di perkampungan dimana misi bantuan dilaksanakan. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Sekumpulan kanak-kanak meraih simpati di kem sementara etnik Rohingya di daerah Sittwe Rakhine,Myanmar.MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang wanita mendukung anaknya ketika kehadiran rombongan bantuan di sebuah perkampungan etnik Rohingya di daerah Sittwe Rakhine,Myanmar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang wanita etnik muslim Rohingya tersenyum ketika jurugambar merakam gambarnya MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Wajah kanak-kanak etnik Rohinya girang walaupun berada di kem penempatan sementara. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang ibu memangku anaknya yang masih kecil dipercayai kurang zat. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

WAJAH anak kecil etnik Rohingya dengan sapuan tradisi di wajahnya. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Potret seorang remaja dengan budaya etnik Rohingya. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Pergerakan penduduk etnik muslim Rohingya dikawal ketat oleh pihak polis Myanmar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang kanak-kanak mengawal binatang ternakan di sebuah ladang perkampungan etnik Rohingya. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Etnik muslim Rohingya menjalani kehidupan daif di sebuah perkampungan yang didirikan oleh kerajaan bagi menempatkan mereka untuk sementara waktu setelah berlaku konflik agama antara muslim Rohingya dan Buddha di daerah Sittwe Rakhine, Myanmar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Beberapa kanak-kanak memegang naskah al-Quran. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Seorang wanita etnik muslim Rohingya membawa sebuah belanga tembaga bagi menangguk air untuk kegunaan harian. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Wajah anak-anak Rohingya yang dibelenggu kehidupan sukar. MOHD NAJIB MOHD NOR / UTUSAN MALAYSIA

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *