TERBITAN 9 JULAI 2017

TABIR LENSA DETIK CEMAS
“Kepantasan membuat keputusan amat dititberatkan”
Merakam sesuatu detik cemas bukanlah perkara mudah bagi setiap jurufoto yang ditugaskan.Perkara yang paling penting adalah keselamatan di lokasi kejadian,malah pemerhatian kawasan persekitaran turut diambil kira bagi mendapatkan sudut terbaik untuk tidak menghalang tugas penguat kuasa
Ini kerana anggota keselamatan yang memenuhi kawasan kejadian tidak ingin adanya gangguan daripada mana-mana pihak mahupun media dan orang luar.
Cabaran bagi jurufoto  di lokasi kejadian adalah menetapkan pelarasan kamera dengan bacaan yang tepat memandangkan kawasan persekitaran kurang mendapat pencahayaan yang baik.
Kepekaan terhadap situasi dan kawasan tempat tugasan.
Menggunakan kelajuan pengatup  125 dan bukaan aperture  2.8/  dengan lensa telefoto  200mm dan pelarasan sensitiviti cahaya (ISO) tinggi. Hampir keseluruhan gambar dirakam menggunakan lensa sudut jauh.
Kepantasan merakam dan menghantar gambar dalam  suasana cemas menguji ketahanan mental penulis kerana ingin memuatkan berita terkini sepanjang liputan berlangsung.
 Dalam liputan tersebut seorang wanita yang dijadikan tebusan selama dua jam dalam kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu pada 10 Mei 2017. Dalam situasi tersebut pada mulanya  suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis.
 Kemudian suspek mengheret wanita tersebut di tengah jalan sejauh 500 meter  dengan mengacu pisau di lehernya selama hampir dua jam.

ANGGOTA polis cuba berunding bagi melepaskan tebusan.

PASUKAN polis berjaya menahan suspek

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *