TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 23 APRIL 2017

oleh: Gaie Uchel

mnajee653@gmail.com

Cabaran tugasan berisiko

Pada jam 8.30 pagi 29 November 2010, penulis dikejutkan dengan satu panggilan daripada rakan media melaporkan satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan bahan kimia di Kilometer 198.4 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Johor berhampiran Tol Ayer Keroh, Melaka.

Sebaik sahaja menerima maklumat penulis terus bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik sahaja tiba di lokasi kemalangan mendapati suasana kelam kabut dengan anggota bomba lengkap berpakaian keselamatan khas bertugas membersihkan kawasan tercemar dan suasana berjerebu menyelubungi kawasan sekitar pada jam 9.30 pagi akibat tumpahan sisa kimia tersebut.

Saya memberanikan diri mendekati lokasi kejadian dengan hanya menutup hidung dan mulut menggunakan kemeja-t bagi mengelak sebarang komplikasi pernafasan.

Memandangkan keadaan agak merbahaya, penulis bersama sekumpulan media bertugas dinasihatkan oleh anggota keselamatan supaya menjarakkan diri sekurang – kurangnya 300 meter dari lokasi kemalangan. Ini kerana bahan tersebut mempunyai kesan radiasi yang kuat dan menyebabkan sesak nafas. Tambahan pula kami tidak mempunyai peralatan keselamatan khusus dalam menghadapi situasi begini. Walaupun berada jauh dari lokasi kemalangan namun kesan radiasi bahan kimia berkenaan ternyata kuat dan menyebabkan mata pedih dan kesukaran bernafas.

Tugasan yang mencabar ini mengingkatkan kembali kepada pengalaman terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Unit Simpanan Perseketuan (FRU) semasa membuat liputan siri rusuhan suatu ketika dahulu. Berbekalkan peralatan lensa telefoto lensa sudut luas, penulis memberanikan diri mendekat subjek untuk rakaman visual menarik dalam masa yang agak terhad.

Keterbatasan peralatan dan risiko tugasan yang ada bukan penghalang untuk melaksanakan tugas dengan baik sekiranya bersikap profesionalisme dan etika fotojurnalis. Kejayaan menghasilkan pelbagai menarik gambar untuk dikongsi menjadikan kerjaya fotojurnalis satu kepuasan dan keseronokan.

MAIN PICTURE
SEKUMPULAN unit khas pasukan Bomba dan Penyelamat memeriksa tong berisi bahan kimia bertaburan akibat kemalangan lori di KM198.4

MAIN PICTURE
KLEADAAN Sebuah lori yang membawa muatan bahan kimia terlibat dalam kemalangan di KM198.4 arah ke selatan berhampiran tol Ayer Keroh

ANGGOTA bomba membersihkan anggota unit khas pasukan Bomba dan Penyelamat yang melakukan kerja kerja pembersihan tumpahan bahan kimia

DUA unit khas Bomba dan Penyelamat membersihkan tong berisi bahan kimia bertaburan

Penulis ketika membuat liputan lokasi kejadian kemalangan

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *