TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 13 OGOS 2017

oleh: TIM LENSA RENCAM

Semalam majlis pembukaan Sukan Sea Kuala Lumpur ke-29. Lazimnya dalam temasya sukan besar ini banyak perkara- perkara yang perlu diketahui terutamanya jurufoto yang ingin membuat liputan di arena- arena acara dipertandingkan.

Sempena temasya gilang gemilang ini Tim Lensa Rencam menyenaraikan beberapa tips untuk panduan terutamanya jurufoto terlibat mahupun jurufoto amatur atau hobi yang sebahagian besar merakamkan foto acara di tempat terbuka.

1.TEPATI MASA

Sebahagian besar acara yang berlangsung sudah mempunyai jadual tetap. Bagi jurufoto yang membuat liputan masa awal diperlukan untuk membuat sedikit analisis pemerhatian kejohanan. Seperti contoh pemain tumpuan,pemegang rekod dan venue perlawanan. Sebaiknya sebelum acara bermula jurufoto perlu berada 20minit awal untuk kerja-kerja analisis tersebut.

2. CUKUPKAN REHAT

Apabila sesuatu tugasan yang melibatkan jangka masa panjang jurufoto perlukan rehat secukupnya. Jika keadaan ini berlaku (tidak cukup rehat) fokus dan tumpuan anda kepada temasya acara akan hilang. Sebaiknya rancang jadual tugasan anda untuk mengelakkan keletihan sewaktu tugasan.

3.KOMUNIKASI

Faktor utama untuk tugasan temasya besar ini adalah kounikasi. Komunikasi perkara utama yang perlu diperbaiki. Sekiranya semasa tugasan mahupun sedang acara berlangsung elakkan provokasi melampau terutamanya jurufoto yang menjadi penonton atau penyokong sesebuah pasukan.

4. JAGA PERALATAN

Kawalan keselamatan semasa acara berlangsung adalah tertakluk kepada penganjur. Peralatan jurufoto bertugas kebiasannya melibatkan kos tinggi. Biarpun ada kawalan keselamatan yang tinggi tetapi tanggungjawab jurufoto terhadap peralatan yang dibawa bergantung kepadanya.

5. PEMILIHAN FOTO

Kebiasannya foto yang dirakam terlalu banyak kerana melibatkan rakaman aksi. Buat pemilihan tepat agar masa memilih foto terbaik tidak terlalu lama masa yang diambil.

Atlet Memanah Wanita Negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, beraksi pada Sukan SEA Ke-29. GAMBAR : MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

Pelbagai teknik rakaman foto boleh dihasilkan pada Sukan SEA KL 2017. Gambar: Abdul Razak Latif

Persembahan terbaik pasukan bola jaring Malaysia. Gambar-Mohd Farizwan Hasbullah

Pasukan takraw chinlone negara telah menyumbangkan pingat emas. Gambar : Roy Azis Abd Aziz

Peserta gimrama akuatik negara memberikan persembahan terbaik.GAMBAR: AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

MALAYSIAKU..Seorang penonton bersemangat memberikan sokongan kepada pasukan bola Malaysia. Gambar : Shaifudin Mohd Nor

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *