TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 23 JULAI 2017

Pertandingan Instagram Merdeka 2017

Abd Rahman Saleh

Sempena sambutan Hari Kebangsan dan Hari Malaysia 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menganjurkan satu pertandingan fotografi dan video melalui aplikasi Instagram untuk seluruh rakyat Malaysia.

Pertandingan yang bermula sejak 16 April lalu akan ditutup penyertaannya pada 16 Ogos ini yang bertemakan Negaraku Malaysia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu umum, siswa dan sekolah.

Pelancaran pertandingan tersebut telah disempurkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya yang turut dihari oleh Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi pada 17 Aprl lalu.

Penyertaan adalah percuma, anda boleh menghantar seberapa banyak foto dan video  melalui hashtag mengikut kategori iaitu #im60umum, #im60 siswa dan #im60sekolah. Anda perlu like&follow https://www.instagram.com/instamerdeka/. dan boleh memuat foto serta video mengikut tema yang menunjukkan gelagat rakyat Malaysia melahirkan rasa cinta mereka kepada negara.

Anda perlu menghantar foto dan video yang memaparkan idea kreativiti, sudut penggambaran yang menarik dan dilengkapi dengan keterangan pendek yang lengkap dan menarik. Ianya juga boleh menimbulkan semangat jatidiri dalam mendidik masyarakat supaya menyayangi negara Malaysia.

Semua bahan penyrtaan akan diadili oleh juri profesional yang telah lama terlibat dalam dunia fotografi serta videografi. Bahan-bahan ini juga akan menjadi hak milik penganjur .

Hadiah berupa wang tunai, wafer emas dan setemku menanti para pemenang setiap kategori disamping 60 hadiah saguhati berupa wang tunai dan setemku.

 

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *