TERBITAN 5 MAC 2017

REKOD KE ENAM PENDAKI SOLO DI MENARA KL
oleh: MOHD NOOR MAT AMIN
Jurufoto Kumpulan Utusan Mohd Noor Mat Amin mengharumkan nama Lensa Rencam melalui rekod pencapaiannya memproses filem di Gunung Everest. Edisi kali ini krew Lensa rencam yang mengikuti beliau melakukan rekod di Menara Kuala Lumpur sebelum menjalani latihan di Kathmandu, India untuk rekod pendakian di Gunung Everest buat kali kedua pada April tahun ini.
Enam jurugambar telah bertugas secara sukarela bagi merakamkan pelbagai detik samada selama 24 jam di tangga Menara Kuala Lumpur ketika pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin mencipta rekod dalam program KOPI PAK BELALANG KL TOWER STAIRCASE CLIMBING 2016’ pada 23 hingga 24 Disember yang lalu.
Mohd. Noor yang juga jurugambar Kumpulan Utusan telah berjaya mencipta rekod baharu dengan mendaki tangga sebanyak 21 kali dalam tempoh 24 jam dalam MOST NUMBER OF STAIR CLIMBING KL TOWER (24 HOURS) yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sempena Sambutan Ulangtahun ke 20 Menara Kuala Lumpur pada Oktober 2016.
Program pendakian itu dianjurkan oleh Team pendaki Solo dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong, Kelab Anak-Anak Darul Iman Malaysia (KADIM), Lensa Rencam, The Malaysia Book of Records dan Kopi Pak Belalang sebagai penaja utama.
Pelbagai detik dirakamkan oleh semua jurugambar dari awal hingga akhir, apa jua dilakukan oleh pendaki solo samada ketika mendaki atau menuruni tangga mahupun ketika rehat dan sebagainya.
Mereka juga mencengkam mata ketika pendaki solo  melakukan cabaran ini, kegigihan mencari sudut pengambaran yang kreatif tetap dilakukan dengan satu keseronokan diri.
Mereka yang diketuai oleh Abdul Razak Latif bersama Nasirruddin Yazid, Suriya Bonma, Mim Fadlizal Rozaiman, Roshdi Salleh dan Ahnaf Irsyad Mokmin berjaya  melakukan pengambaran dengan baik sekali dari awal hinggalah akhir.
Turut sama selama 24 jam ialah team paramedik daripada APM, team keselamatan Menara Kuala Lumpur, urusetia Team Pendaki Solo dan KADIM kerana ingin bersama-sama menjayakan program yang jarang dilakukan.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Zubir Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar dan pengasas Kopi Pak Belalang, Datuk Seri Dr Rozaini Hasan.
Tahniah kepada semua yang terbabit menjayakan program ini, kejayaan mencipta rekod ini merupakan kejayaan anda semua sebagai petutup tahun 2016 dan kini Mohd Noor sedang mempersiapkan diri dalam cabaran mencipta rekod yang ke tujuh iaitu HIMALAYA 2017-Breaking Malaysia Records tampil dengan cabaran yang berbeza.

Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin yang menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) daripada wakil MBOR, bergambar dengan paramedik APM selepas mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin memulakan pendakian selepas majlis perlepasan bagi mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

ANTARA aksi bersahaja Mohd Noor Mat Amin yang dirakam jurufoto

Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin yang menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) daripada wakil MBOR, selepas mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin yang menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) daripada wakil MBOR, bergambar dengan urusetia selepas mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

Sebahagian aksi dan perjalanan Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin ketika usaha pendakian anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

RIAK wajah Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin semasa pusingan ke 21

Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin bersama urusetia pada pendakian anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin yang menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) daripada wakil MBOR, bergambar dengan paramedik APM selepas mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

Sebahagian aksi dan perjalanan Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin ketika usaha pendakian anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali (naik dan turun) dalam tempoh 24 jam sempena sambutan ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur.

Mohd Noor Mat Amin (kanan) menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) daripada wakil MBOR, Nurasyikin Ramli (dua dari kiri) yang turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan (kiri), Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong (tengah) dan Pengasas Kopi Pak Belalang, Datuk Seri Dr. Rozaini Hasan (dua dari kanan).

EDITOR foto, Kadir Bachok (kiri) memberikan kata-kata semangat.

AKSI Pendaki Solo Negara, Mohd Noor Mat Amin semasa masuk pusingan ke 14.

PEMANDANGAN lanskap Ibu kota dari puncak teratas Menara Kuala Lumpur dirakam semasa Pendaki Solo Negara, Mohd Nor melakukan program tersebut.

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *