TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 19 MAC 2017

Oleh: Mohd Amir Hafiz Abdul Rahman
Pameran Fotografi EXPOSE EVASIVE 2017 di Black Box, Publika baru-baru ini menampilkan karya seni hasil pelajar tahun akhir Jabatan Fotomedia Kreatif Fakulti Seni Lukis & Dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA Puncak Alam.

Pada tahun ini,seramai 29 orang pengkarya telah terlibat dalam pameran yang diadakan. Sebanyak 60 karya yang telah dipamerkan terbahagi kepada fotografi dan vidoegrafi. Karya yang dihasilkan mengikut pengkhususan fotografi yang berbeza seperti pengiklanan,fesyen, kewartawanan, seni halus dan media video. Kajian akhir ini telah membawa para pelajar untuk membuat tajuk yang berbeza mengikut pelbagai tema dan isu yang yang menyentuh soal kemasyarakatan, alam sekitar, sosial dan budaya malah ekonomi.

Majlis Perasmian ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Menteri Ikon kepada Universiti Teknologi MARA.Beliau juga telah hadir sebanyak 2 tahun berturut pada Expose 2016 dan juga Expose 2017 pada tahun ini.
Aisyah Ali,seorang pelajar yang menghasilkan karya fotografi fesyen sebagai pilihan. Seperti yang kita tahu, pencemaran merupakan masalah global dan selalu menjadi satu isu tetapi kita tidak memberi sepenuh perhatian untuk mengurangkan pencemaran. Pencemaran terhadap alam sekitar akan memberi kesan negatif yang boleh menjurus kepada risiko kesihatan manusia, mengancam sumber asli dan ekosistem, dan juga kepenggunaan persekitaran. Terdapat pelbagai kaedah untuk mewujudkan kesedaran tentang pencemaran misalnya melalui media massa. Menurutnya lagi, sebab utama mengapa saya menghasilkan karya ini ialah untuk mewujudkan satu kaedah baru untuk memberi kesedaran tentang pencemaran melalui fotografi fesyen kepada masyarakat. Dalam erti kata lain, saya ingin mewujudkan satu kesedaran melalui fotografi fesyen tentang pencemaran yang masih berlaku di sekeliling kita. Tidak lupa juga kepada pereka fesyen yang merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam, Aisha Hamaza sudi memberi kerjasama demi menjayakan projek akhir saya ini.

Norel Hashim,pelajar tahun akhir Sarjana Muda Fotomedia Kreatif,Uitm Puncak Alam telah memilih tajuk Al –Quran Braille. Al-Quran Braille ini terdiri daripada 6 jilid yang mengandungi 30 juzuk. Bacaannya bermula dengan sentuhan jari dari kiri ke kanan. Penghasilan sesebuah Al-Quran Braille mengambil masa 4 jam dalam satu masa, mesin pencetakan yang dikenali sebagai ‘embosser’. Al-Quran Braille ini dicetak oleh Persatuan Orang Buta Islam Semalaysia (PERTIS) yang menjalankan operasi pencetakan di Jalan Padang Belia, Brickfields. Keunikkan pada proses penghasilan Al-Quran Braille ini adalah kerana, prosesnya bermula dengan sekumpulan orang kurang upaya penglihatan yang berkhidmat dalam menegakkan syiar Islam. Pemilihan gambar imej hitam putih sebagai kolor utama adalah kerana fotografi hitam dan putih melibatkan pencahayaan yang mampu mempengaruhi gambar dan dapat meninggalkan kesan emosi kepada orang yang melihat fotografi hitam dan putih.

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *