TERBITAN MINGUAN MALAYSIA 14 MEI 2017

LENSA KREATIF:
oleh: TIM LENSA RENCAM
BEG KAMERA :KETAHUI PERANAN DAN SAIZ.
INTRO: Selamat hari pekerja Tim Lensa Rencam ucapkan kepada pembaca dan pengikut laman fotografi LR. Edisi Lensa Kreatif kali ini mengupas tentang kelebihan dan peranan beg kamera dalam dunia fotografi. Penulisan ini adalah merujuk kepada pemerhatian, pendapat dan pengalaman tim LR dalam industri. Tidak ada kene mengena dengan jualan langsung atau mewakili pihak ketiga dalam sektok pemasaran perniagaan sesuatu produk atau jenama.
KEPENTINGAN beg atau pelindung terhadap kamera amatlah penting dalam menguruskan peralatan yang mahal ini. Beberapa jenis beg kamera yang berada di pasaran boleh didapati dengan harga mengikut bajet anda.
Tedapat pelbagai saiz dan material tahan lasak juga antara faktor nilai harga tinggi pada sebuah beg kamera. Selain itu reka bentuk mengikut trend semasa antara penyumbang kepada faktor harga.
Sebuah beg kamera mempunyai ruang pemboleh ubah (adjustable compartment) untuk mementukan perisian peralatan fotografi dalam sebuah beg mengikut kapasiti. Jika sebuah beg itu saiznya besar maka banyak ruang agihan boleh digunakan.
Kamera yang disimpan didalam beg khas ini boleh mengelakkan kerosakan kepada peralatan kamera terutamanya lensa yang mudah sensitif kepada hentakan.
Tim Lensa Rencam minggu ini menyenaraikan beberapa jenis dan saiz beg kamera untuk pengetahuan pembaca khususnya golongan pelajar dalam jurusan fotografi.
1. BEG SILANG (MESSAGER BEG)- Saiz dan ruang pemboleh ubah adalah terhad. Kebiasannya beg ini adalah nipis untuk kapasiti sebuah kamera kompak dan sebuah komputer riba.
2. BEG DADA (CHEST VEST BAG) -Umum digunakan oleh jurufoto profesional media kerana mempunyai poket-poket yang bersesuaian untuk saiz kamera dan lensa. Selain itu kecepatan pergerakan dalam tugasan media memerlukan kegunaan beg jenis ini.
3. BEG KOTAK (SILVER BAG) – BEG ini agak kurang berada banyak dipasaran kerana saiz dan faktor harga yang tinggi. Kebiasannya beg ini digunakan oleh jurufoto studio kerana keunikan beg ini mempunyai keseluruhan span di dalam dan boleh diubah sendiri dengan cara memotong mengikut saiz kamera dan peralatan penggambaran studio. Selain itu ketahanan beg ini  boleh dibuat prop semasa penggambaran.
4. BEG SISI (SIDE BAG) –  Beg ini amat popular penggunaannya sejak era kamera filem lagi. Antaranya gaya klasik dan material kanvas digunakan menjadikan beg ini sebagai ikon terhadap jurufoto.  Ruang luas dan reka bentuk pelbagai saiz selain boleh menampung berat peralatan kamera yang dibawa. Beg jenis ini banyak di pasaran dengan pilihan material mengikut citarasa jurufoto.
5. BEG LILITAN PINGGANG (WAIST POUCH BAG) – Struktur beg ini mempunyai komponen-komponen kecil yang disambung dengan menggunakan tali pinggang khas. Beg ini kebiasannya digunakan oleh profesional terutamanya yang melibatkan tugasan-tugasan ekstrem khususnya. Selain itu beg ini mempunyai sarung hujan selain material kalis air.
6. BEG SANDANG BELAKANG (BACK PACK BAG) – Kebanyakan beg ini mempunyai ruang pemboleh ubah yang banyak dan ruang simpanan komputer riba. Kegunaan maksimum jurufoto yang suka mengembara dan bekerja dalam lapangan di pendalaman atau akiviti ekplorasi.
7. BEG TARIK BERODA (ROLL BAG) – Jika anda mempunyai peralatan yang banyak dan tugasan yang melibatkan perjalanan jauh seperti di luar negara beg ini mudah  dibawa. Ini kerana beg ini mempunyai pemegang boleh laras dan beroda dan sesuai untuk penyimpanan di ruang kabin penumpang.

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *