don

” bukan sesuatu yang mudah”

MAHATHIR ALI – Jurufoto Utusan Melayu (M) Berhad.

TERBITAN 4 DISEMBER 2016

tamuuu

KOMENTAR

FOTOGRAFI “PANNING” BUKAN SESUATU YANG MUDAH…

Oleh :  MAHATHIR ALI

Jawatan : Jurugambar Utusan Melayu (M) Berhad

Email : donmahathir786@gmail.com

 

Panning atau fotografi subjek bergerak juga merupakan antara teknik yang boleh diguna pakai dalam fotografi bagi menghasilkan suatu imej foto yang kreatif serta yang tidak boleh dilihat melalui pandangan mata kasar manusia.
Hanya penggunaan teknik yang betul serta pemilihan subjek yang tepat akan berjaya menghasilkan subjek Panning yang berkesan serta menarik.
Panning ialah mengambil gambar suatu subjek yang bergerak di mana latar belakang subjek itu menjadi kabur iaitu kelihatan bergerak dan subjek yang dirakam menjadi beku.Kebanyakkan teknik ini biasanya diaplikasi dalam fotografi sukan seperti pemotoran,olahraga dan bolasepak namun ada juga peminat fotografi yang menggunakannya bagi  tujuan yang lebih kreatif seperti perkahwinan, fotografi haiwan mahupun fotografi landskap.

Berikut saya senaraikan 4 tips mudah bagi fotografi Panning.

  1. Jangan gunakan tripod – untuk mengikuti arah gerakan subjek, kamera hendaklah dipegang kemas dan digerak lurus selari gerakan subjek.
  2. Set kamera pada penetapan (mode) Shutter Priority (S atau Tv). Shutter speed yang digunakan untuk panning adalah antara 1/30 hingga 1/8, jadi set kamera diantara angka tersebut.
  3. Pilihlah latarbelakang yang mempunyai kombonasi beberapa warna kerana ianya akan menghasilkan kesan kabur yang lebih menarik. Pastikan warna subjek tidak sama dengan latarbelakang.
  4. Arahkan kamera mengikuti objek yang bergerak di mana tangan juga bergerak selembut mungkin, gerakan tangan yang terlalu laju atau bergoyang akan  mengakibatkan hasil foto yang tidak menarik.

Makin banyak berlatih, tangan dan mata kita akan lebih stabil untuk menghasilkan karya Panning yang terbaik.

Bagi penyertaan fotografi Panning untuk ruangan Lensa Rencam pada bulan November,saya dapati kebanyakkan hasil karya masih belum menepati kriteria untuk fotografi Panning.

Kebanyakkan peserta memilih subjek yang tidak bersesuaian dengan latarbelakang sehingga menenggelamkan subjek dan penggunaan teknik shutter speed dan aperature yang kurang tepat menjadi punca fotografi panning tidak berkesan. Namun ada beberapa karya yang boleh dipilih sebagai pemenang walaupun boleh diperbaiki lagi.

Bagi bulan Disember pula kami di Lensa Rencam mengetengahkan tema Silhouette untuk dipertandingkan. Hantarkan karya anda sebelum atau pada 24 Disember 2016 ke alamat email di atas.

No. 1

NAME         : NOOR  SYAZANA BINTI OTHMAN

  NOOR  SYAZANA OTHMAN

Hadiah : Penginapan 2 malam di Langkawi sumbangan Galaxy Rizq, barangan kosmetik daripada Wardah D Kota dan hadiah misteri oleh Nikon Malaysia

Disini saya suka memaklumkan bahawa karya oleh Noor Syazana yang menjadikan burung Helang terbang sebagai subjek dipilih sebagai pemenang tempat pertama.Ianya kerana subjek ini amat sukar untuk dirakam di mana jurufoto tidak mempunyai banyak ruang dan masa serta ianya tidak boleh dirancang.Ianya boleh diibaratkan sebagai “Right Time,Right Moment”.

 

No 2

SADIQ ASYRAF BIN MOHD YUSOF Alamat: NO.42A, JALAN PUTRA BISTARI 2/5K, SEKSYEN 2, PUTRA HEIGHTS, 47650 SUBANG JAYA, SELANGOR. No Telefon: 0142580911

SADIQ ASYRAF BIN MOHD YUSOF

Hadiah : Tiket perjalanan dua hala dari Johor Bahru-Singapura dan tiket masuk ke Universal Studio Singapura sumbangan Galaxy Rizq, barangan kosmetik daripada Wardah D Kota dan hadiah misteri oleh Nikon Malaysia

Bagi tempat kedua pula saya memilih karya oleh Sadiq Asyraf yang menjadikan dua buah motor GP sebagai subjek.Sadiq telah berjaya menimbulkan subjek dengan warna latarbelakang yang contra disamping terdapat elemen design seperti line dan perspektif disamping kombinasi warna yang menarik disitu.

 

No 3

Mohamad Syazrin bin Piah 0134992633 No. 25 Kg Bekut 31100 Sg Siput (U) Perak.

MOHD SYAZRIN PIAH

Hadiah : Tiket perjalanan dua hala dari Johor Bahru-Singapura dan tiket masuk ke Universal Studio Singapura sumbangan Galaxy Rizq, barangan kosmetik daripada Wardah D Kota dan hadiah misteri oleh Nikon Malaysia

Bagi tempat ketiga pula saya memilih karya oleh Mohd Syazrin Piah yang menjadikan seorang penunggang motosikal sebagai subjek.Walaupun kelihatan simple dan masih banyak boleh diperbaiki namun Mohd Syarin telah cuba menghasilkan Panning dengan sedikit perancangan atau setting seperti penggunaan model yang memakai pakaian dan menggunakan motosikal seperti zaman awal 70an. Kreativitinya diserlahkan melalui adaptasi tona hitam putih.Ianya selari seperi apa yang telah saya cakapkan tadi dimana Panning juga boleh digunakan untuk menghasilkan karya kreatif.

 

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *