” teruskan bekarya”

Nooradzrene Mohd Noor – Jurufoto Utusan Melayu (M) Berhad

TERBITAN 29 JANUARI 2017

KOMENTAR JANUARI 2017
TEMA : CERIA
oleh: NOORADZERENE MOHD NOOR
Salam Tahun Baru 2017. Salam 1Malaysia. Tim Lensa Rencam ruangan Komentar mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengirim ruangan komentar bulan Januari ini. Hanya ada satu pemenang di dalam bulan ini. Teruskan mengikuti tema bulanan Lensa Rencam yang akan di maklumkan di dalam laman facebook. Terima Kasih atas sokongan anda kepada kami.

PIX PEMENANG NAMA : SITI HAJAR BT ABD AZIZ SERI KEMBANGAN,SELANGOR Tahniah. Foto ini berjaya disampaikan dengan ekspresi wajah keceriaan dan dirakam dengan spontan. Dedahan yang tepat dari sudut warna. Teruskan berkarya di masa akan datang.

MOHD FAIROZ ROZLAN
KL Sentral, Kuala Lumpur
Foto ini dirakam dengan gaya kandid tanpa pengetahuan rakan rakan dihadapan. Kualiti kurang memuaskan. Kemungkinan diambil dengan menggunakan telefon pintar dimana kualiti pixel agak kurang menyerlah. Sebaiknya jika anda berminat dalam foto kandid boleh dimulakan dengan acara-acara santai keluarga atau majlis bersama rakan rakan.

Muhammad Redzuan Bin Zainon Pokok Sena Kedah Foto berkumpulan (gruop) ini hampir berjaya dipersembahkan dengan gaya bebas (freestyle) tetapi, keseluruhan orang dewasa di dalam gambar ini tidak begitu ceria. Anda boleh perbaiki gaya fotografi aksi bebas dan ceria dengan penyampaian arahan kepada mereka.

Nama : Mohd Amin Bin Abdullah Kuala Nerang Kedah Foto yang dirakam kurang menyerlah. Keceriaan graduan tidak berjaya disampaikan. Keseluruhannya mereka ini terlindung dan tidak jelas momen tersebut. Sebaiknya foto ini boleh dirakam dengan teratur jika mendapat pengarahan dari jurufoto dengan baik. Warna yang diedit terlalu kontras sehingga menampakkan pecahan pixel (grainy) pada keseluruhan foto berkenaan..

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *