” jurufoto yang kreatif perlu menggunakan daya fikiran yang baik dalam melihat sesuatu objek / subjek sebelum merakam”

-DJohan Shahrin Shah, Jurufoto Utusan Melayu (M) Berhad

TERBITAN MINGGUAN MALAYSIA 25 Disember 2016

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2017 bermakna kita akan tinggalkan tahun 2016 yang penuh warna-warni sepanjang tahun. Kami di Lensa Rencam mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana anda masih menyokong penulisan dan penerbitan kami sejak beroperasi pada tahun 2014.

 Ruangan komentar pada tahun ini telah masuk tahun kedua penerbitannya. Kami di Lensa Rencam amat menghargai sunbangan , kritikan dan cadangan bagi penambahbaikan bahan kami dari masa ke semasa. Andai ada cadangan penambahbaikan untuk tahun 2017 sila emelkan kepada kami di lensarencam@gmail.com.
 Sekali lagi tahniah kepada pemenang komentar tema silhouette pada bulan ini. Tema untuk bulan Januari 2017 adalah ‘CERIA’ . Sila hantarkan karya terbaik anda sebelum 20 Januari untuk dinilai jurufoto Kumpulan Utusan. Tahniah!

PERTAMA : TAHNIAH kepada jurugambar yeng merakamkan momen ini, Gambar ini berjaya menampilkan Tema Siluet (Silhoutte) dengan aksi kocakan air bagi menghidupkan suasana yang ditonjolkan. Foto: Ameer Hakim Abd Wahid

KEDUA : Gambar yang dirakamkan ini jika dilihat dari sudut seni, ia menarik tetapi tidak menonjol pada pandangan yang jelas objek kerana banyak gangguan di bahagian sudut bingkai pandangan. Foto: Muhammad Naquib Zubir
CADANGAN: Jurugambar disarankan mencari sudut lain bertujuan menonjolkan penari yang diganggu objek sekitarnya dalam sudut gambar ini untuk kelihatan lebih jelas dengan penceritaan yang hendak di sampaikan.

KETIGA :Saya amat tertarik dengan tema siluet(Silhoutte) ini, tetapi sudut posisi yang dirakam pada gambar ini agak mengecewakan. Sebagai jurugambar anda mesti merangka dengan awal perjalanan rakaman dan bertindak membuat keputusan dengan cepat supaya momen yang menarik itu tidak terlepas begitu saja. Foto: Mohd Salleh Osman
CADANGAN: Untuk merakamkan momen burung terbang ini, jurugambar perlu mengambil posisi lain serta berhati-hati dengan penggunaan “Rule of thirds” pada sudut pandangan supaya kelihatan jelas tanpa ada sebarang gangguan. Tiang lampu yang ada dalam sudut pandangan ini sangat tidak membantu malah ia mencacatkan lagi momen yang dirakamkan.

KEEMPAT:Tema siluet yang kosong tanpa ada sebarang aksi yang boleh membantu menyokong kekuatan gambar ini. Rakaman ini juga kelihatan bergoyang (Shacking) dan tidak mencapai kualiti. Foto: Fayzal Bin Zuhaidy
CADANGAN: Mungkin jurugambar ini boleh mencipta sesuatu momen menarik antara dua insan seperti menimang si kecil atau berlari di tepi pantai agar mempunyai jalan cerita yang lebih menarik.

Written by lensarencam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *