“Kami tidak lahir sebagai jurufoto, tetapi kami akan melahirkan satu karya sebagai seorang jurufoto “- AHSI

Web khusus rakaman jurufoto profesional  dalam menghasilkan dokumentari dalam bentuk fotojurnalis untuk tatapan pembaca dan peminat fotografi tanah air.

Kongsikan foto- foto anda untuk dinilai dan diperhalusi oleh jurufoto profesional dan karya terpilih akan diterbitkan dalam edisi Mingguan Malaysia (Rencam) bermula Januari 2015.

Foto terbaik akan dipilih berdasarkan nilaian pemerhatian membina dan pemenang akan menerima hadiah menarik.

Foto-foto yang dikongsikan hendaklah yang benar -benar asli dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian atau kesilapan pemilik akaun semasa menghantar karya tersebut di atas tujuan tertentu samada mengaibkan atau memberi impak negatif kepada pihak lain.

Foto- foto yang dihantar TIDAK mempunyai ‘watermark’ ATAU ‘Plagiat’ karya mana-mana pihak. Sertakan Tajuk dan lokasi keterangan tempat dirakam.

Hubungi kami di emel lensarencam@gmail.com

3 Comments

mohd zahid mansor

Salam,

Memang satu perkara baik usaha Lensa Rencam.
Cadangan saya, sila buka website anda utuk jurufoto amatur memuatnaik gambar mereka. Sila berikan komen-komen dan tunjuk ajar supaya kami lebih memperbaiki skill kami.
Bagi saya menghantar foto-foto ke FB utk peraduan adalah baik dan saya harap foto saya akan terpilih. Tapi bukan untuk menang hadiah semata2 utk foto yg di hantar. Pada pandagan saya, jika foto anda boleh di kongsi bersama dan dengan mendapat komen2 yg membina akan menjadikan kami terutama saya lebih berinpirasi untuk mencipta foto yg lebih bagus.
Saya paham untuk mengadakan website seperti itu memerlukan belanja yg banyak, tapi jika ramai yg joint maka akan lebih popular dan akan menarik banyak penajaan.

Terima Kasih

Mohd Zahid

Reply
Abdul Razak Latif

Terima kasih atas respon dan cadangan saudara Zahid tentang laman web Lensa Rencam. Kami sedang berusaha ke arah tersebut dan sedang mengenal pasti panel untuk mengendalikan ruangan komen fotografi tersebut. Sekali lagi, terima kasih saudara Zahid.

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *